Make your own free website on Tripod.com
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB HGF 223 CUACA DAN IKLIM YANG DIBINA KHUSUSNYA UNTUK PELAJAR-PELAJAR GEOGRAFI OLEH PROFESOR MADYA DR CHAN NGAI WENG


Gambar: (Bawah): Awan kumulus terbentuk di atas hutan montain di Cameron Highlands yang bertindak sebagai "Hutan Awan", iaitu berpotensi menghasilkan awan dan menyerap lembapan di atmosfera.
(Kiri): Awan stratus yang juga merupakan awan bukit menyumbang banyak lembapan mendatar kepada hutan tropika/khatulistiwa di hutan simpanan Banjaran Titiwangsa, Malaysia.  
Hello! Selamat datang ke laman web HGF223 yang dibina oleh Prof. Madya Dr Chan Ngai Weng, pensyarah prihatin yang bertugas di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia. Sila ambil masa yang menyeluruh untuk meneliti web ini sebab ianya mengandungi banyak maklumat yang berkait khususnya dengan kursus HGF223 dan kursus-kursus geografi fizikal yang lain. Anda akan mendapat berbagai maklumat dalam laman ini khasnya berkenaan dengan struktur kursus, senarai rujukan, kuliah-kuliah, contoh soalan-soalan tahun lepas, cara menjawab dan lain-lain. Namun demikian, pelajar-pelajar harus menggunakan laman ini sebagai latar belakang atau panduan ringkas kepada pelajar-pelajar berkenaan dengan kursus ini. Mereka tidak harus bergantung kepada laman ini 100 % dengan melupakan segala bacaan yang dicadangkan oleh pensyarah. Hanya dengan membaca secara mendalam dan meluas sahaja yang boleh mendatangkan pengetahuan dan kefahaman yang menyeluruh.     

Akhir sekali, tujuan laman ini bukan semata-mata terhad kepada tujuan ilmiah atau akademik sahaja. Lebih-lebih lagi, laman ini telah dibina dengan objektif memupuk suatu perasaan "Cinta Alam" dan "Keprihatinan Menyeluruh" kepada alam sekitar dan segala-gala unsur yang terkandung dalamnya yang mustahak untuk kehidupan manusia dan keberterusan bumi sebagai planet "hidup". Jumlah bilangan manusia kini sudah mencapai angka 6 bilion di dunia dan teknologi manusia juga telah berupaya (setengahnya sudah) mempengaruhi sistem bumi-atmosfera secara signifikan. Angka bilangan manusia yang mengkagumkan ini serta penggunaan sumber-sumber yang berlebihan (iaitu tidak mampan) telah menyebabkan bumi tidak sanggup lagi membekalkan segala-galanya yang diperlukan oleh manusia. Justeru itu, jika manusia tidak mengubah corak hidup dari sesuatu yang membazirkan kepada sesuatu corak yang mampan, tamadun manusia dan bumi akan menuju ke sesuatu melapetaka global yang mungkin bukan sahaja akan memusnahkan bumi tetapi juga akan memupuskan manusia sendiri. Hari ini, apabila manusia menampil masuk ke dalam Alaf baru, sudah ada berbagai contoh tindakan manusia yang mengancam bumi termasuk pemanasan global, pembocoran lapisan ozon, pencemaran air, peracunan tanah dan makanan, peperangan nukliar, kehabisan bahan api/tenaga, dan lain-lain lagi. Tanpa kesedaran dan perasaan serta tindakan proaktif dan positif terhadap alam sekitar, alam sekitar akan dimusnahkan melalui ketamakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Kursus ini bertujuan memperkayakan pelajar-pelajar bukan sahaja daripada segi ilmu dan pengetahuan (ataupun ijazah) tetapi lebih penting lagi juga memperkayakan aspek-aspek rohanian dan mental mereka sehingga mereka menjadi insan manusia yang bertanggungjawab, betul-betul mempunyai sifat cinta alam dan perasaan sayang kepada segala makluk hidup yang berkongsi bisofera dengannya, serta prihatin kepada segala aspek alam sekitar. Adalah diharapkan bahawa apabila pelajar-pelajar menjadi mereka yang berpengaruh (seperti menteri dan pemimpin lain), mereka akan terus menjalankan tugas mereka dengan berasaskan pembangunan mampan yang sentiasa diajar sepanjang kursus ini. Hanya dengan mengekalkan keseimbangan keadaan bumi dan atnmosfera (dan segala unsur yang terkandung dalamnya) barulah sistem-sistem fizikal dapat berfungsi secara sihat dan berterusan. Fungsi-fungsi ekologi ekosistem-ekosistem dunia seperti penghasilan makanan melalui fotosintesis, penghasilan oksigen oleh tumbuhan hijau, molekul-molekul ozon di stratosfera, suhu global, edaran angin global, kitaran hidrologi, aliran sungai-sungai dan hutan semula jadi haruslah dijagai dan diperlindungi demi keberterusan dunia dan tamadun manusia.

Prof. Madya Dr Chan Ngai Weng
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia
11800 USM Pulau Pinang
Malaysia

11 Januari 2000
email: nwchan@hotmail.com

******************************************************************************************
HGF 223 CUACA DAN IKLIM
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN         
HGF 223/4 - CUACA DAN IKLIM
   
Gambar: Hutan Awan di Tanah Tinggi Camerons yang dilindungi dengan awan stratus/awan bukit yang mengandungi lembapan mendatar.
 
BUTIR-BUTIR KURSUS

I.        Kod & Tajuk Kursus :      HGF 223/4 - Cuaca dan Iklim

II.       Pensyarah :                      Prof. Madya Dr Chan Ngai Weng
                                              
III.  Tujuan Kursus: Pengenalan kepada prinsip-prinsip cuaca dan iklim, khususnya berkenaan dengan ciri-ciri dan fenomena-fenomena iklim tropika dan khatulistiwa. Mendedahkan para pelajar kepada konsep-konsep asas kaji cuaca dan iklim termasuk penggunaan pendekatan sistem (sifat-sifat sistem, sistem terbuka, sistem tertutup dan sistem terpencil); sistem bumi-atmosfera dan sistem-sistem semula jadi yang terkandung dalamnya; keseimbangan sistem-sistem tenaga, pola taburan tenaga, perubahan bentuk-bentuk tenaga dan jenis-jenis tenaga; tenaga bahangan, imbangan bahangan dan pemindahan tenaga sedunia; bentuk-bentuk lembapan, keseimbangan lembapan atmosfera dan kitaran hidrologi; daya-daya pergerakan atmosfera, edaran umum dan angin tempatan; iklim sebagai sumber dan bahaya/bencana; pengaruh iklim terhadap seni bina rumah dan bangunan; manusia dan modifikasi iklim; sumber-sumber pencemaran udara (semula jadi, gabungan/kombinasi dan ciptaan manusia), kesan-kesan pencemaran udara terhadap cuaca dan iklim, cara-cara mengawal pencemaran udara daripada segi global, nasional dan tempatan (termasuk individu); fenomena pula haba bandar, kubah habuk dan kesan rumah hijau; dan isu-isu iklim global seperti pemanasan global, penggurunan, penipisan lapisan ozon, kehabisan sumber air twara dan isu-isu semasa lain yang berkenaan dengan cuaca dan iklim.

MENGENAL KURSUS IKLIM DAN CUACA

Bumi yang berbentuk sfera dan berputar mengelilingi matahari menerima jumlah bahangan matahari yang berbeza-beza mengikut ruang (tempat) dan masa (musim). Bumi juga berputar di atas paksinya pada sudut-sudut berbeza-beza mengikut musim dan hal ini juga menyebabkan wujudnya banyak ketidakseimbangan, baik daripada segi taburan tenaga, haba, suhu, tekanan, lembapan, jisim, udara dan lain-lain. Dengan tambahnya suatu lapisan atmosfera yang bersifat dinamik, maka tambahnya juga ketidakseimbangan tersebut. Oleh itu, sistem bumi-atmosfera merupakan suatu sistem bergabung amat kompleks yang berinteraksi dengan matahari dan berbagai sistem planet yang lain. Sistem bumi-atmosfera yang kompleks akan menghasilkan sistem-sistem cuaca dan iklim yang kompleks juga.    

Sebenarnya, cuaca dan iklim, termasuk segala fenomena yang terkandung dalamnya merupakan agen-agen yang cuba mengurangkan ketidakseimbangan tersebut. Pada dasarnya, iklim dan cuaca mempunyai interaksi rapat dengan fenomena-fenomena fizikal yang lain dalam sistem bumi-atmosfera. Kedua-duanya juga mempengaruhi hampir segala aktiviti manusia. Justeru itu, kaji iklim dan cuaca merupakan suatu bidang khusus yang mengkaji tentang interaksi di antara permukaan bumi, atmosfera dan tenaga matahari, dan juga tentang kesan-kesan akibat interaksi tersebut. Di dalam dunia moden, interaksi di antara manusia dengan unsur-unsur iklim yang menjadi semakin penting juga dikaji.

Cuaca dan iklim, serta alam udara dalam mana fenomena-fenomena cuaca dan iklim berlaku, merupakan sebahagian besar alam asli yang boleh dikatakan meliputi segala bahagian dan segala peristiwa zon pertemuan bumi dengan atmosfera.  Udara adalah salah satu daripada unsur-unsur utama yang menjaminkan stabiliti, keadaan mantap, dan pengekalan alam asli pada keseluruhannya.  Hal ini berlaku melalui berbagai-bagai bentuk aliran, kitaran, pertalian, dan perhubungan yang wujud terhadap tenaga, lembapan dan bahan-bahan asas lain.

Justeru itu, sebagai ahli Ilmu Alam kita haruslah mengerti sifat dan keadaan alam udara agar unsur-unsurnya yang berfaedah (ataupun unsur-unsur membina) kepada alam asli, dan manusia sendiri, dapat digunakan secara optima dan kesan-kesan buruk akibat daripada unsur-unsur negatif (ataupun yang membinasa) dapat dikurangkan dan, kalau boleh dielakkan samasekali.  Dengan adanya suatu pandangan yang sihat tentang alam udara baru kita dapat melangkah ke arah suatu kehidupan yang berharmoni dengan persekitaran kita, di mana penyalahgunaannya yang membawa kepada pencemaran dan "sakit-sakit" alam asli yang lain di dalam alam sekitar dan sumber alam dapat dikurangkan.

Tema kursus ini, ialah (selain daripada tujuan-tujuan ilmiah atau akademik) untuk menanam dan memupuk suatu kesedaran tentang proses-proses, sistem-sistem dan unsur-unsur atmosfera yang memainkan suatu peranan asas yang penting di dalam mempengaruhi bumi melalui cuaca dan iklim.  Sebaliknya pula, peranan manusia di dalam pengubahsuaian cuaca dan iklim untuk tujuan-tujuan tertentu akan diberi perhatian yang sewajarnya.

Adalah diharapkan bahawa semasa tamatnya kursus ini, ilmu pengetahuan yang telah diperolehi akan berjaya melahirkan di dalam pelajar-pelajar, pengetahuan, pemahaman dan penilaian yang luas dan dalam mengenai faktor-faktor, proses-proses, dan sistem-sistem atmosfera yang mewujudkan pola-pola cuaca dan iklim di dunia, khususnya daripada segi pengaruhnya ke atas lapisan hidup di atas permukaan bumi pada amnya, dan kegiatan manusia pada khasnya.

Untuk mencapai objektif ini, pada mulanya penekanan akan diberi kepada peranan, taburan dan imbangan tenaga, lembapan dan massa di dalam atmosfera serta corak-corak pergerakan udara.  Bahagian ini diharapkan dapat memberi suatu asas bagi bahagian berikutnya, iaitu kaji iklim gunaan.  Di dalam bahagian kedua ini pula, perhatian akan diberi kepada beberapa aspek kaji iklim gunaan seperti kaji iklim pertanian, perubahan cuaca dan iklim, dan atmosfera, dan iklim sebagai suatu sumber alam. Ini bertujuan untuk meninjau bagaimana dan sejauhmana keadaan cuaca dan iklim  mempengaruhi kegiatan-kegiatan manusia pada amnya dan alam sekitar pada keseluruhannya. Sebaliknya, soal bagaimana kegiatan-kegiatan manusia mempengaruhi unsur-unsur cuaca dan iklim juga akan dikaji.

Pada dasarnya, bidang kaji iklim adalah sangat luas dan mengandungi banyak sub bidang atau bahagian;  setengah-setengahnya adalah amat terkhusus.  Oleh sebab itu, hanya beberapa tajuk sahaja dipilih untuk kursus ini;  tajuk-tajuk ini meliputi aspek-aspek tertentu di dalam bahagian-bahagian seperti Kaji Iklim Fizikal, Kaji Iklim Dinamik, Kaji Iklim Wilayah, Kaji Iklim Hayat, Kaji Iklim Pertanian, Kaji Iklim Bandar, dan Kaji Iklim Mikro.  Di mana yang perlu, aspek-aspek kaji cuaca dan hidro juga akan dibincangkan.

Sepanjang kursus ini, keadaan cuaca dan iklim di kawasan tropika lembap khususnya, Asia Tenggara dan Selatan akan dititikberatkan.  Pendekatan yang akan digunakan di dalam kajian atmosfera, cuaca, dan iklim ialah pendekatan "sistem".

Adalah jelas bahawa bagi tujuan mengikuti kursus ini secara memuaskan dan berfaedah, latarbelakang yang sesuai daripada segi prinsip-prinsip asas fizikal, kimia, biologi adalah diperlukan.  Walaupun begitu, usaha-usaha akan dibuat sedaya upaya bagi memperkenalkan dan menjelaskan aspek-aspek teoretikal dan konsep pada setiap sub bidang yang akan dibincang di dalam kursus ini.

Tugas-tugas tertentu di dalam kursus ini termasuk latihan-latihan, tutorial-tutorial, seminar-seminar, esei-esei, dan ujian-ujian penilaian (objektif dan subjektif) yang akan diberi dari semasa ke semasa.  Tambahan pula, kajian-kajian luar[1] akan diadakan untuk mendedahkan  pelajar-pelajar kepada  dunia sebenar terhadap saling tindakan di antara iklim dan manusia dan juga pola-pola cuaca dan iklim tertentu.
 
PENILAIAN KURSUS

(A)          KERJA KURSUS (30 %)

(i) Esei (15 %) - Pelajar perlu jumpa pensyarah untuk memilih topik esei. Satu senarai topik-topik esei akan disediakan. Setiap pelajar akan mendaftar untuk satu topik tersendiri. Tiada dua orang pelajar yang akan mempunyai topik yang sama. Topik yang telah didaftar tidak boleh didaftar lagi. Pelajar dinasihatkan datang awal. Panjang esei adalah kira-kira 12 muka surat kertas A4 (tidak melebihi 4,000 perkataan dengan saiz font 12 SAHAJA) yang bertaip "double spacing", tidak termasuk jadual, rajah, peta dan rujukan. Esei mesti mengandungi semua daripada berikut: Tajuk Esei, Nama dan Nombor Metrik (halaman 1), Isi Esei (halaman 2 - 11), Kesimpulan (halaman akhir dan berpanjangan kira-kira 500 perkataan) dan Rujukan/Bibliografi (selepas kesimpulan). Setiap rujukan mesti mengandungi nama pengarang, tahun diterbit, tajuk penerbitan, nama penerbit, tempat diterbit, dan muka surat yang dirujuk). Pelajar-pelajar adalah digalakkan menaip esei dengan komputer. Kemudahan komputer akan disediakan dua jam seminggu di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (Bilik Komputer) untuk kursus ini. Pensyarah akan memberi panduan tentang penggunaannya. Mereka yang tidak mematuhi arahan-arahan tersebut atau lewat hantar esei akan didenda dengan potongan markah. Sila ambil perhatian terhadap amaran berikut:
CIPLAKAN DARI MANA-MANA BAHAGIAN BUKU, LAPORAN KERAJAAN, TESIS, MAKALAH DALAM JURNAL/MAJALLAH/AKHBAR, ESEI PELAJAR LAIN ATAU MANA-MANA PENERBITAN BUKAN HASIL PELAJAR ITU SENDIRI AKAN DIBERI MARKAH SIFAR. ADA KEMUNGKINAN MEREKA YANG DIDAPATI BERSALAH  AKAN DIBUANG UNIVERSITI.   

(ii) Ujian (15 %) - Satu ujian akan diadakan pada pertengahan semester, isitu sebelum minggu cuti pertengahan semester. Ujian adalah berbentuk soalan pendek, objektif, memenuhi ruang kosong, melukis peta dan gambarajah. Mereka yang tidak hadir pada tarikh ujian yang ditetapkan akan menerima markah sifar. Tiada ujian ganti yang akan diadakan.  

(B)          PEPERIKSAAN AKHIR (70 %)

Soalan-soalan peperiksaan adalah berbentuk soalan esei. Pelajar-pelajar dinasihatkan merujuk kepada soalan-soalan tahun lepas di dalam kursus ini. Soalan-soalan akan meliputi ketiga-tiga bahagian I, II dan III. Pelajar-pelajar diwajibkan menjawab 3 soalan, iaitu 1 soalan daripada setiap bahagian tersebut.   
 
STRUKTUR KURSUS

Bahagian I: Konsep dan Teori Kaji Cuaca dan Kaji Iklim Fizikal

(A) Tenaga di dalam sistem matahari-bumi-atmosfera
i. Peranan tenaga di dalam sistem bumi-atmosfera.
ii. Matahari sebagai sumber tenaga utama; sifat aliran tenaga;  bentuk-bentuk tenaga;  transformasi tenaga.
iii. Taburan tenaga bahangan sedunia;  bahangan bergelombang pendek dan bahangan bergelombang panjang;  penyerakan;  pemantulan;  albedo;  serapan;  proses-proses yang terlibat dalam taburan tenaga.
iv. Imbangan tenaga bahangan di dalam sistem bumi-atmosfera;  pertukaran dan pemindahan tenaga di dalam sistem bumi-atmosfera.  

(B) Lembapan di dalam Atmosfera
I. Bentuk-bentuk air di dalam sistem bumi-atmosfera.
ii. Taburan lembapan sedunia dan cara-cara pemindahannya.
iii. Imbangan lembapan dan Kitaran Hidrologi.
iv. Nukleus-nukleus peluwapan, proses sejatan dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.
v. Pembentukan dan jenis-jenis awan.
vi. Pembentukan kerpasan dan teori-teori kerpasan.
vii. Jenis-jenis kerpasan utama.  

(C) Kitaran Jisim Udara Sedunia
i. Faktor-faktor dan daya-daya yang terlibat di dalam pergerakan udara.
ii. Pola-pola taburan tekanan sedunia dan aliran angin sedunia.
iii. Model-model kitaran angin sedunia secara tegak dan mendatar.
iv. Kitaran udara tropika dan Angin Monsun.
v. Angin-angin tempatan.  

Bahagian II:          Aspek-Aspek Gunaan Terhadap Cuaca dan Iklim  

(A) Agroklimatologi.
(B) Iklim, cuaca dan keselesaan manusia.
(C) Iklim, Cuaca dan kesihatan.
(D) Iklim, Cuaca dan seni bina bangunan (Arkitek).
(E) Iklim, Cuaca, industri, perdagangan dan kejuruteraan.
(F) Pengelasan Iklim
 
Bahagian III:        Perubahan Cuaca dan Iklim
 
(A) Perubahan secara kebetulan;  perubahan yang disengajakan;  perubahan cuaca;  perubahan iklim.
(B) Iklim bandar: Kesan urbanisasi ke atas sifat dan unsur-unsur iklim di bandar-bandar besar dunia.
(C) Pencemaran udara, penipisan lapisan ozon dan pemanasan global.
(D) Manusia dan pengaruhnya terhadap perubahan cuaca dan iklim.
(E) Kelainan Iklim: El Nino, Kemarau, Jerebu, Banjir, Ribut, Bencana Alam dan lain-lain.   
(F) Isu-Isu semasa berkaitan dengan iklim.
(G) Penutup.
 
BAHAN-BAHAN RUJUKAN

Bahagian I:     Kaji Iklim dan Cuaca Fizikal - Konsep dan Teori

Barry, R.G. dan Chorley, R.L. (1994),  Atmosphere, Weather and Climate, Methuen (London).  QC861.2.B281(RS).
Briggs, D. dan Smithson, P. (1994) Fundamentals of Physical Geography. Routledge (New York).
Chan, N. W. (1987) Geografi Fizikal. Pustaka DELTA Pelajaran Sdn Bhd (Petaling Jaya).   
Chan, N. W. (1991) The Climate of Penang Island. Kajian Malaysia IX(1), Jun, m.s. 62-86.  
Chan, N. W. (1995), Asas Kaji Iklim, Dewan Bahasa dan Pustaka (Kuala Lumpur).  
Chan, N. W.  et. al. (1994) Pengantar Geografi. Dewan Bahasa dan Pustaka (Kuala Lumpur).   
Chan, N. W. (Editor) (1997) Proceedings of the international conference Meeting Water Challenges in the 21st Century. Water Mobilising Programme of the Alliance for a Responsible and United World, Paris, 193 m.s.
Chan, N. W. (1998) Biogeografi: Nota-Nota Kuliah. NP Sdn Bhd, Pulau Pinang, 117 m.s.  
Chan, N. W. (1998) Cuaca Dan Iklim: Satu Koleksi Nota-Nota Kuliah. NP Sdn Bhd, Pulau Pinang, 462 m.s.  
Critchfield, H.J. (1983), General Climatology, Prentice-Hall Inc. (Englewood Cliffs, N.J.).  QC981.C934. Lockwood, J.G. (1982), World Climatology, Edward Arnold (London).  QC981.L817(RS).      
Nieuwolt, S. (1985), Klimatologi Kawasan Tropika: Suatu Pengenalan Iklim Kawasan Garisan Lintang Rendah. DBP (Kuala Lumpur).
Oliver, J.E. (1972), Climate and Man's Environment:  An Introduction to applied climatology (New York). QC981.C784.
Ooi, J.B. (1979), Semenanjung Malaysia, Longman (Kuala Lumpur).  
Ooi, J.B. dan Chia, L.S. (1974), The Climate of West Malaysia and Singapore, Oxford University Press (Singapore).  QC990.M2I11(RS).
O'Hare, G. dan Sweeney, J. (1992), The Atmospheric System: An Introduction to Meteorology and Climatology. Oliver & Boyd (Harlow).   
Sham Sani (1983), Pengantar Cuaca dan Iklim, DBP (Kuala Lumpur). QC981.S528.
Strahler, A.N. (1978), Geografi Fizikal. John Wiley & Sons (New York).
Thompson, G.I. dan Turk, J. (1995) Earth Science and the Environment. Saunders College Publishing (Orlando).

Bahagian II:  Aspek-Aspek Kaji Iklim Gunaan
Aronin, J.E. (1953), Climate and Architecture. Reinhold (New York). NA2541.A769.
Budyko,  M.I. (1974), Climate and Life, Dalam D.H. Miller (ed.), Climate and Life, Academic Press (New Yor). QC809.E5B927(RS).
Chan, N. W. (1981), The Reliability of Rainfall in Relation to Wet Rice Cultivation in Northwest Peninsular Malaysia. Malaysian Journal of Tropical Geography 4, Disember, 14-23.
Chan, N. W. (1988), Bencana Kemarau Di Semenanjung Malaysia: Satu Kajian Tentang Cara-Cara Penyesuaian Petani Padi Sawah. Ilmu Alam 17, Mei, 61-79.  
Chan, N. W. (1991), Iklim dan Industri Pelancongan di Pulau Pinang: Satu Tinjauan Tentang Persepsi Pelancong-Pelancong Asing Terhadap Faktor Iklim. Ilmu Alam 21, Mei, 79 - 97.
Chan, N. W. (1991), Perception, Awareness and Assessment of the Living Environment in Ipoh City: A Preliminary Report. Akademika 39, Julai, 171-191.
Chan, N. W. (1993), Economic, Social and Health Aspects of Drought in Northwest Peninsular Malaysia and the Role of Public Assistance in Recovery. The Malaysian Agricultural Journal 55(1), 1-24.   
Chan, N. W. (1995), Choice and Constraints in Persistent Floodplain Occupance: The Influence of Structural Forces on Residential Location in Peninsular Malaysia, Disasters 19 (4), Disember, 287-307.
Chan N W 1996 Bandar dan banjir kilat. Utusan Malaysia, 17 Oktober, 7.   
Chan N W 1996 Gabungan pendekatan cegah banjir. Utusan Malaysia, 18 Oktober, 7.   
Chan N W 1997 Adverse impact of Paya Terubong development on Penang Island. Utusan Konsumer 27 (1), Januari, 6.  
Chan N W 1993 Chapter 16: Flood Hazard Mitigation in Peninsular Malaysia. Dalam P A Merriman and C W A Browitt (eds) Natural Disasters: Protecting Vulnerable Communities, Thomas Telford, London, 194-209.  
Parker D J, Nabiul Islam dan Chan N W 1997 Chapter 3: Reducing vulnerability following flood disaster: Issues and practices. Dalam A Awotona (ed) Reconstruction After Disaster. Avebury, London, 23-44.
Chan N W 1997 Chapter 11: Warnings in the context of flood hazard management in Malaysia. Dalam J W Handmer (ed) Flood Warning: Issues and Practice in Total System  Design. Flood Hazard Research Centre, London, 115-132.
Chan N W 1997 Chapter 6: Managing Water Hazards in Malaysia. Dalam N W Chan (ed) Proceedings of the international conference "Meeting Water Challenges in the 21st Century". Water Mobilising Programme of the Alliance for a Responsible and United World, Paris, 55-67.  
Chan N W 1998 Chapter 54 - Flash and monsoon flooding. Dalam Sham Sani (ed) The Encyclopedia of Malaysia - Volume I Environment. Editions Didier Millet, Singapore, 112-113.  
Chan N W 1998 Chapter 7 - The physical geography and flooding of Peninsular Malaysia. Dalam A I Johnson and C A Fernandez-Jauregui (eds) Hydrology in the Humid Tropic Environment. IAHS Publ. No. 253, IAHS Press, Wallingford.
Chan N W 1999 The Role of Traditional Mechanisms in Warning and Evacuation Effectiveness in Malaysia. Dalam J Ingleton (ed) Natural Disaster Management - IDNDR Commemorative Edition. Tudor Rose, Leicester, 171-173.
Chan N W and Parker D J (1999) Aspek Sosio-Ekonomi Bencana Banjir Di Semenanjung Malaysia. Dalam Mohd. Razali Agus dan Fashir Noor Sidin (Eds) Proseding Persidangan Kebangsaan Kajian Sains Sosial, DBP, Kuala Lumpur, Bab 10, 129-147.  
Chan N W (1999) Faktor Paling Signifikan Terhadap Keterukan Subjektif Impak Banjir. Dalam Mohd. Razali Agus dand Fashir Noor Sidin (Eds) Proseding Persidangan  Kebangsaan Kajian Sains Sosial. DBP, Kuala Lumpur, Bab 17, 234-247.   
Malaysian Nature Society Penang Branch (1999) Selected Nature Trails of Penang Island. Malaysian Nature Society Penang Branch , Penang.   
Socio-Economic and Environmental Research Institute (SERI) (1999) People’s Report on Sustainable Indicators for Development in Penang. SERI, Penang. Chandler, T.J. (1965), The Climate of London. Hutchinson (London).
Chang, Jen-hu (1968), Climate & Agriculture:  An ecological survey. Aldine (Chicago). Corty, F.L. (1971), Weather Characteristics as related to Malaysian Agriculture, Serdang College of Agriculture Malaya, Research Publication, No. 4, April 1971 (Serdang, Malaysia).
Evans, M. (1980), Housing, Climate and Comfort, Architectural Press (London).  fNA7125.E92.
Givoni, B. (1976), Man, Climate and Architecture, Applied Science Publishers (London).  NA254.G5391.
Griffiths, J.F. (1966), Applied Climatology: An Introduction, OUP (London).  QC981.G855(RS).
Hassan, U.P. (1970), Dasar-Dasar Meteorologi Pertanian, P.T. Soevoengan (Djakarta). Jackson, I.J. (1982) Climate, Water and Agriculture in the Tropics, English Language Book Society (New York).  QC993.5J13(RS).  
Koenigsberger, O.H., Ingersoll, T.G., Mayhew, A. dan Szokolay, S.V. (1994), Manual Perumahan dan Bangunan Tropika. Penerbit Universiti Sains Malaysia (Pulau Pinang).
Lowry, W.P. (1967), Weather and Life:  An Introduction to Biometeorology. Academic Press (New York).
Mohammad Ilyas (ed.) (1991), Ozone Depletion: Implications for the Tropics. Universiti Sains Malaysia dan United Nations Environmental Programme (Penang).    
Olgyay, V. (1963), Design with Climate, Bioclimatic Approach to Architectural Regionalism, (Princeton).
Oliver, J.E. (1973), Climate and Man's Environment:  an introduction to applied climatology. John Wiley (New York). QC981.C784.
Sealey, A. (1979), Introduction to Building Climatology. Commonwealth Assoc. of Architects (London).  fNA2541.S438.
Sewell, W.R.D. (1973), Modifying the Weather: A Social Assessment. Victoria B.C.:  Dept. of Geography, University of British Columbia.
Taylor, J.A. (ed.) 1970, Weather Economics. University College of Wales (Abersystwyth).
Taylor, J.A. (ed.) (1974), Climatic Resources and Economic Activity. John Wiley (New York).
Thornthwaite, C.W. dan Mather,  J.R. (1954), Climate in relation to Grops, Meteorol. Monographs Vol. 2, No. 8, m.s. 1-10. World Meteorological Organisation (1964), Weather & Man:  The Role of Meteorology in Economic Development. W.M.O. (Geneva).
Williams, C.N. dan Joseph, K.T. (1970), Climate, Soils and Crop Production in the Tropics. O.U.P. (Kuala Lumpur).
 
Bahagian III:        Perubahan Iklim dan Cuaca
Chan, N. W. (1985), Rainfall Variability in Northwest Peninsular Malaysia. Malaysian Journal of Tropical Geography 12, Disember, m.s. 9-19.  
Chan, N. W. (1986), Recent Rainfall Trends in Kedah, Perlis and Pulau Pinang. Wallaceana Jun, m.s. 4-5.   
Chan, N. W. (1989), Monsoon Effects on the Rainfall Patterns in the East Coast of Peninsular Malaysia. Dalam Proceedings of the 15th Conference of the New Zealand Geographical Society, Dunedin, 21-24 Ogos, m.s. 239-45.  
Chan, N. W. (1990) Angin Monsun Dan Kemusiman Hujan Di Semenanjung Malaysia. Perantara 8(4), Ogos, m.s. 22-26.  
Chan, N. W. (1990) Angin Monsun Dan Reliabiliti Hujan Di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Ilmu Alam 19, m.s. 35-52.
Chan, N. W. (1991), The Climate of Penang Hill: A General View of Existing Climatic Conditions as Compared to its Surrounding Lowlands. Laporan R & D USM Projek Kajian Tentang Ciri-Ciri Persekitaran dan Diversiti Flora dan Fauna Bukit Bendera Pulau Pinang.  
Chan, N. W. (1995), A Geographical Perspective of Flood Hazard Creation and Perpetuation in Peninsular Malaysia, Kajian Malaysia XIII No. 2, Disember 1995, m.s. 20-46. (Dikeluarkan pada bulan Jun 1996)
Chan, N. W. dan Goh, B. L. (1995) Slip Sliding Away, The Sun Megazine, 21 November 1995, m.s. 4-9.
Chan, N. W. dan Goh, B. L. (1995) Washed Up. The Sun Megazine, 23 November 1995, m.s. 4-9.
Gregory, K.J. dan Walling, D.E. (1988), Manusia dan Proses Persekitaran. DBP (Kuala Lumpur).  
Landsberg, H.E. (1956), "The Climates of Towns". Dalam W. L. Thomas (ed.) Man's Role in Changing the Face of the Earth. (Chicago), m.s. 584-603. Lowry, W.P. (1967), "The Climate of Cities".  Scientific American, 217, No. 2, m.s. 15-23. MacDonals, G.J.F.  (1966), Weather and climate modification:  Problems and prospects, Bull. Amer. Met. Soc., Vol. 47, m.s. 4-19. McCuen, G. E. (1978), Our Endangered Atmosphere. Gary E. McCuen Publications inc. (Hudson). QC879.7M133  
Pearman, G.I. (ed.) (1988) Greenhouse: Planning for Climate Change. E.J. Brill (Leiden). QC912.3G813.
Sham Sani (1968), An Analysis of Temperature in Relation to the Heat Island Effect in Christchurch, New Zealand. Tesis Sarjana, Dept. of Geography, University of Canterbury, New Zealand.
Sham Sani (1980), The Climate of Kuala Lumpur - Petaling Jaya Area Malaysia:  a study of the compact of urbanisation on local climate within the humid tropics. UKM Press (Bangi).  QC981.7.U7S528. Sham Sani (1982), Pembandaran, Iklim Bandar dan Pencemaran Udara. DBP (Kuala Lumpur).
Sham Sani (1984), Air Polution Studies in the Kelang Valley, Malaysia: Some policy implcations, Asian Geographer 3, m.s. 43-50.  
Sham Sani (1987), Urbanization and the Atmospheric Environment in the Humid Tropics: Experiences from the Klang Valley Region, Malaysia. Penerbit UKM (Bangi).  
Sham Sani (1989), Pembandaran dan Iklim. Syarahan Perdana Jawatan Profesor, UKM pada 4 November 1989, Penerbit UKM (Bangi).
Sham Sani (1995), Iklim Mikro: Proses dan Applikasi. DBP (Kuala Lumpur).  
Smith, P.M. dan Warr, K. (ed.) (1991), Global Environmental Issues. Hodder & Stoughton (London). GE105G562.
Sutlive, V. et. al. (1981), Blowing in the wind: deforestation and long-range implications.  SD418.3.T86B657. World Meteorological Organization (1986) Urban Climatology and its Applications with Special Regard to Tropical Areas. WMO - No. 652 (Geneva).
World Meteorological Organization, United nations Environmental Programme dan World Health Organization (1987), Climate and Human Health. World Climate Programme Applications WCAP - No. 1, Proceedings of the Symposium in Leningrad - Vol. 1, 22-26 September 1986.
Joseph, K.T. (1994) Hujan Asid Di Malaysia. Dewan Kosmik, Mei 1993.
Hisham Dzakiria dan Azilah Kasin (1993) Fenomena Hujan Asid. Dewan Kosmik, Julai 1993.
Haze, T. (1992) Apakah Hujan Asid? Penerbitan Pelangi Sdn Bhd, Johor Baru.
Mc Cormick, J. (1989) Angkasa Yang Tercemar. DBP, Kuala Lumpur.  
Aplin, G., Mitchell, P., Cleugh, H., Pitman, A. dan Rich, D. (1995) Global Environmental Criises. Oxford University Press, New York.
Abibullah Hj Shamsudin (1994) Isu-Isu Semasa Dalam Geografi. DBP, Kuala Lumpur.
Sham Sani (1990) Pembangunan Dan Alam Sekitar Di Malaysia. DBP, Kuala Lumpur.
Yap, K.S. (1995) Jerebu Di Malaysia Pada Pertengahan Ogos-Oktober 1994. Penerbit Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia 1995.
                                                               
ULASAN/KOMEN PELAJAR-PELAJAR TAHUN LEPAS YANG PERNAH MENDAFTAR UNTUK KURSUSU INI

i.        Komen Am :
Kursus menarik yang mempunyai pengajaran kuliah serta kajian luar. Pensyarah sering menggunakan pelbagai cara untuk mengajar. Ini termasuk kuliah (dengan penggunaan OHP, slaid, seminar dan bengkel, kajian luar di merata tempat seperti Bukit Bendera, Hutan Simpanan Pantai Acheh, Stesen Kajihayat Marin USM di Mukah Head, Batu Ferringhi dan membuat temuduga/temubual dengan para pelancong tentang keadaan iklim dan alam sekitar. Kursus ini amat menarik sebab memberi pendedahan dan kesedaran mendalam terhadap betapa pentingnya pemeliharaan alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan cuaca dan iklim. Justeru itu, hampir semua pelajar yang mengambil kursus ini ditanam dengan perasaan “cinta alam”. Oleh itu, prestasi peperiksaan adalah memuaskan. Dalam analisa keputusan peperiksaan beberap tahun lepas yang terkini, didapati lebih daripada  satu-pertiga pelajar-pelajar dapat keputusan cemerlang, dan hanya beberapa calon (daripada beberapa ratus) sahaja yang gagal. Lebih penting lagi, kami rasa apa yang dibelajari dalm kursus ini amat praktikal untuk melengkapi kebolehan dan keyakinan kami dalam cabaran hidup pada masa depan. Cintailah alam sekitar dan hargailah cuaca dan iklim demi kebahagiaan dan kesihatan dunia dan negara. Selamat maju jaya. 

ii.      Masalah/Kelemahan/Kekuatan:
Kekuatan  - Pelajar-pelajar kursus ini bukan sahaja didedahkan kepada bacaan biasa tetapi juga kepada kajian luar, tayangan video dan kerja makmal. Mereka sering didedahkan kepada jumpaan-jumpaan dan dapatan-dapatan penyelidikan semasa dalam topik-topik cuaca dan iklim. Hal ini telah menimbulkan semangat dan minat belajar di kalangan pelajar. Memandangkan terdapat banyak rujukan dalam Bahasa Malaysia, maka bilangan bacaan mereka agak menyeluruh. Kebanyakan pelajar juga mengikut nasihat pensyarah dengan menyiapkan esei dan laporan kajian awal. Justeru itu, mereka ada lebih banyak masa dalam persediaaan untuk menghadapi peperiksaan akhir. Topik-topik tutorial adalah berkenaan dengan isu-isu semasa yang menarik perhatian pelajar. Oleh itu, perbincangan dan perdebatan dalam tutorial adalah hangat, dan ini juga menyumbang kepada minat dan keinginan hendak belajar. Yang sangat menarik perhatian dan minat pelajar ialah kelas-kelas luar bilik darjah yang sering dianjurkan oleh pensyarah seperti perkhemahan di Pantai Kerachut, di stesen kajihayat marin USM Mukah Head dan “trekking” (panjat bukit) di Bukit Bendera. Kajian sumber air di Sg Air Terjun juga amat menarik.    

Gambar: Kajian luar di Sg Tukun, Hutan Simpanan Pantai Acheh, Julai 1998


Gambar: Kajian luar di Empangan Teluk Bahang, Ogos 1998.


Gambar: Kajian banjir di Bagan Serai, Oktober 1999. 



iii.    Punca Masalah/Kelemahan:
Hanya pelajar-pelajar malas sahaja yang menghadapi masalah. namun begitu, mereka ini sering diberi doromngan dan bantuan khas oleh pensyarah.    
 
iv.    Cadangan Mengatasi Masalah/Kelemahan:
Pelajar-pelajar malas dan lemah harus berjumpa dengan pensyarah lebih kerap untuk membincang topik-topik yang mereka kurang faham. Pelajar-pelajar ini juga perlu bergaul dan berbeincang dengan gologan pelajar yang berprestasi baik. Semua pelajar perlu membaca rujukan-rujukan yang diberikan dan menyertai semua latihan/kerja amali/praktikal dengan memuaskan.  
 
Profesor Madya Dr. Chan Ngai Weng
7 Januari 2000

"KEBERTERUSAN SISTEM BUMI-ATMOSFERA DAN SISTEM TAMADUN MANUSIA ADALAH BERGANTUNG KEPADA INTERAKSI ANTARA DUA SISTEM TERSEBUT. INTERAKSI YANG NEGATIF DI ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR (TERMASUK CUACA DAN IKLIM) AKAN MENIMBULKAN KESAN-KESAN NEGATIF SEPERTI BENCANA ALAM TETAPI INTERAKSI YANG POSITIF AKAN MENGHASILKAN SUMBER-SUMBER ALAM YANG BERFAEDAH. JUETERU ITU, MANUSIA SEHARUSNYA MESTI MEMAKSIMUMKAN INTERAKSI POSITIF DAN MEMINIMUMKAN INTERAKSI NEGATIF".
 
Gambar: Interaksi positif antara manusia dengan alam sekitar akan menghasilkan sumber alam seperti air tawar bersih dan segar di Lata Iskandar, Cameron Highlands, Disember 1999.


Gambar: Interaksi negatif antara manusia dengan alam sekitar seperti penyahhutanan secara besar-besaran untuk pertanian atau guna tanah tidak mampan akan menghasilkan bencana alam seperti hakisan tanah, tanah runtuh, batu jatuh, pengenapan, pencetekkan dasar sungai, pencemaran sumber air, banjir kilat dan lain-lain. Hakisan tanah dan tanah runtuh di Lembah Tringkap, Cameron Highlands, Disember 1999 membuktikkan ini.




     [1] Dari masa ke semasa, kajian luar akan diadakan sekiranya peruntukan wang daripada pihak universiti mengizinkan. Walaubagaimanapun, hal ini juga bergantung kepada faktor-faktor lain seperti kemudahan pengangkutan, peralatan, masa dan lain-lain. Pelajar-pelajar akan diberitahu terlebih awal sekiranya kajian luar diperlukan. Antara kajian-kajian luar yang pernah dijalankan oleh pelajar-pelajar dalam kursus  termasuk kajian tentang sebab pelancong asing datang ke Pulau Pinang (1991), kajian bencana banjir di Kelantan (1992), kajian sumber air di Pulau Pinang (1996), kajian tanah runtuh di bukit-bukit Teluk Bahang (1997), Kajian pulau haba bandar di Georgetown dan kajian iklim Bukit Bendera (1998) dan kajian bencana banjir di Bagan Serai (1999). Kesumanya adalah amat menarik sebab ianya memberi suatu peluang kepada pelajar mempraktikkan apa yang dibelajari dalam bilik darjah. Selain itu, mereka juga berpeluang melihat dunia sebenar di tapak kajian serta melancong di situ.   

Gambar: (Kiri) Kumpulan kajian sungai di Kuala Kurau, Oktober 1999.
               (Tengah) John Brodi nampak macam samseng, Kuala Kurau.
               (Kanan) Kumpulan kajian sungai di Botanic Gardens, Mei 1998.  

CINTAILAH ALAM SEKITAR KITA.

AMALKANLAH KEHIDUPAN MESRA ALAM DAN MAMPAN MELALUI PRINSIP HIDUP 3 R - REDUCE, REUSE DAN RECYCLE.

NASIHAT UNTUK PELAJAR-PELAJAR KESAYANGAN DARIPADA:
PROF.MADYA DR CHAN NGAI WENG